PENGENALAN QULUSA THERAPY


Qulusa Therapy diasaskan oleh Ustaz Lokman Mohamed Alhafiz dan isterinya Puan Nur Syatirah Shuib.

Qulusa Therapy telah ditubuhkan lebih daripada 12 tahun. Ianya adalah di bawah syarikat UIS Special Therapy Sdn Bhd. Ianya telah dirasmikan oleh Datuk Abu Bakar Abbas pada September 2017. Sebelumnya adalah di bawah syarikat K Bharu Ptr Enterprise yang beroperasi di Kelantan sejak 12 tahun lepas. Pada tahun ini (2018), syarikat ini beroperasi di Gombak dan Sabah.

Rawatan yang disediakan adalah Rawatan Selepas Bersalin, Rawatan Batin dan Rawatan Gastrik. Kami menyediakan perkhidmatan urutan, bekam, rendaman kaki herba, rawatan slimming dan juga rawatan Islam menggunakan kaedah doa. Selain itu, ada juga pesakit yang ingin ikhtiar hamil, berjaya mengandung, Alhamdulillah!

Rawatan adalah terus ke rumah anda. Kami ingin menjimatkan masa anda di atas jalan raya dan mengelakkan anda yang tengah sakit memandu jauh, di mana membahayakan anda.

Istimewanya rawatan kami adalah rawatan kami disertai dengan doa yang khusus agar penyakit anda sembuh secepat mungkin. Kami juga akan mendiagnos dahulu punca penyakit, memberi penjelasan punca penyakit dan memberikan solusi yang terbaik.

Semoga anda yang tengah membaca blog ini dikurniakan kesihatan dan diberikan solusi bagi masalah anda. Allahhumma Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Bersama Majalah

Rawatan yang disediakan