Pengalaman Perawat
Ustaz Lokman Alhafiz adalah dari keturunan bidan. Neneknya bidan tersohor di Pasir Putih Kelantan suatu ketika dahulu. Bermula dari umur 5 tahun lagi beliau telah melihat neneknya mengurut ibu-ibu yang bersalin.
Atas minat yang mendalam dalam bidang urutan, beliau mencari guru dalam bidang urutan dan rawatan gangguan. Seramai 7 orang gurunya sejak beliau masih di bangku sekolah.
Ustaz Lokman adalah pelajar Pondok Kubang Bujuk, Terengganu. Selain bidang urutan, beliau juga mempelajari rawatan gangguan daripada gurunya, Almarhum Ustaz Suhaimi Nawi. Pentingnya rawatan yang mentauhidkan Allah dan elakkan daripada rawatan yang bersifat syirik. Contohnya ilmu urutan daripada mimpi yang diajarkan oleh nenek moyang.
Isterinya pula, yang dikenali sebagai Ummi Syatirah pula adalah graduan Universiti Malaysia Sabah. Bermula minat sejak menjalankan praktikal bersama syarikat HPA. Dari situlah beliau mendalami ilmu herba dan perawatan daripada kursus dan kelas yang dijalankan.
Alhamdulillah, kedua-dua pasangan suami isteri ini telah berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang urutan. Semoga dengan persijilan ini, bidang urutan akan terus diperkasakan untuk kesejahteraan ummah.

d'Relax, Kelantan suatu ketika dahulu.
Comments
Post a Comment